Pasangan mata wang EUR/NZD diniagakan lemah ke tahap 1.6739 dalam gelombang merah v untuk melengkapkan gelombang iii/ dan harga kini diramalkan akan membuat pengukuhan mendatar dalam gelombang iv/ menghampiri ke tahap 1.6892 sebelum menjunam lebih rendah dalam gelombang v/ ke tahap 1.6620 sebagai sasaran penurunan harga yang ideal.
Rintangan kecil jangka pendek dilihat terletak berhampiran tahap 1.6834, yang dijangkakan akan melindungi sementara untuk penarikan semula harga ke tahap 1.6770 sebelum ia bergerak lebih tinggi ke arah 1.6892 dalam gelombang iv/. Kami meramalkan bahawa pembetulan gelombang iv/ ini akan menjadi lebih kompleks, dengan perubahan-perubahan yang tidak dijangka.
R3: 1.6892
R2: 1.6872
R1: 1.6834
Pangsi: 1.6808
S1: 1.6785
S2: 1.6758
S3: 1.6739
Cadangan Perdagangan:
Kami mengambil pesanan menjual EUR dari tahap 1.6900. Pesanan Stop Loss akan digerakkan lebih rendah ke tahap 1.6860. Sementara pesanan Take Profit ditetapkan pada tahap 1.6770. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang menjual semula EUR berhampiran tahap 1.6890