Baru-baru ini, emas telah diniagakan dalam aliran menaik. Harga dilihat telah menguji tahap $1,344.00. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada carta 1H, saya mendapati terdapat kemungkinan bahawa kenaikkan baji (wedge) kini sedang berlangsung, yang menandakan bahawa pesanan membeli kelihatan berisiko. Saya juga mendapati bahawa terdapat penolakan pada tahap rintangan utama, yang merupakan isyarat lain untuk penurunan harga. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kemungkinan penembusan pepenjuru yang lebih rendah untuk mengesahkan pergerakan penurunan harga yang seterusnya. Sasaran pertama untuk aliran menurun ditetapkan pada tahap $1,338.85. Sementara sasaran utama ditetapkan pada tahap $1,320.00.
Tahap Rintangan:
R1: $1,344.40
R2: $1,349.23
R3: $1,355.75
Tahap Sokongan:
S1: $1,332.91
S2: $1,326.26
S3: $1,321.42
Cadangan perdagangan untuk hari ini: Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan menjual yang berpotensi.