Pasangan mata wang NZD/USD ini meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.7294. Tahap 0.7294 mewakili titik pangsi harian pada carta 4H. Pasangan mata wang ini meningkat dari tahap 0.7294 menghampiri ke tahap 0.7366. Sekarang, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7375, dan diikuti oleh tahap 0.7436, manakala sokongan harian 1 berada pada tahap 0.7294 (Penarikan semula Fibonacci 50%). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih bergerak di antara tahap 0.7294 dan 0.7436; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan pada hari ini adalah sebanyak 142 pips. Sementara itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama yang terletak pada 0.7375, harga berkemungkinan besar akan memperlihatkan lonjakan menaik ke arah 'double top' (0.7436) untuk mengujinya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7300 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7375 untuk menguji rintangan harian 1 dan tahap 0.7436. Selain itu, penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7436 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana pasangan mata wang ini diramalkan akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7294, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7151 berpotensi untuk berlaku sekaligus menandakan pasaran penurunan harga.