Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini dilihat sedang mengukuh di atas tahap harga utama 151.25, yang mewakili sokongan bertindih mendatar. Indeks kekuatan relatif meningkat, dan memerlukan kenaikan harga baru. Akhir sekali, Moving Average (MA) 50 yang meningkat menunjukkan bahawa harga masih berpotensi untuk diniagakan lebih tinggi. Oleh yang demikian, selagi tahap 151.25 berupaya menghalang aliran menurun, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga baru ke arah tahap 152.25 dan 152.60.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 152.25, 152.60, dan 153.15.
Tahap Sokongan: 150.90, 150.60, dan 150.