Pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagaakn dalam aliran menaik dari tahap 0.7294 dan 0.7350. Tahap 0.7294 mewakili titik pangsi harian pada carta 4H. Pasangan ini meningkat dari tahap 0.7294 menghampiri ke tahap 0.7375. Sekarang, harga bergerak di sekitar tahap 0.7375. Juga, perlu diingatkan bahawa tahap rintangan terletak pada 0.7375 dan 0.7436, manakala sokongan harian 1 pada tahap 0.7294 (Penarikan Semula Fibonacci 50%). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagakan di antara tahap 0.7294 dan 0.7436; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 142 pips pada hari ini. Sementara itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7375, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak naik ke arah 'double top' (0.7436) untuk mengujinya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7300 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7375 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.7436. Selain itu, adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7436 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana harga diramalkan akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7294, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7151 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.