Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD menembusi di bawah titik pangsi harian (0.7260). Harga terus diniagakan lemah dari tahap 0.7260 ke bahagian bawah sekitar tahap 0.7242. Pada hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7278, dan diikuti oleh tahap 0.7300, manakala sokongan harian 1 dilihat pada tahap 0.7219. Selanjutnya, Moving Average (MA) (100) mula menyatakan isyarat aliran penurunan harga; oleh yang demikian, pasaran menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.7260. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.7260 dengan sasaran pertama diletakkan pada 0.7219. Ia juga akan memanggil aliran penurunan harga untuk meneruskan pergerakkan ke arah tahap 0.7192. Sokongan harian yang kuat dilihat berada pada tahap 0.7192, yang akan mewakili 'double bottom' baru pada carta 1H. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan diniagakan di antara tahap 0.7278 dan 0.7192 dalam beberapa jam yang akan datang. Kawasan harga 0.7268 kekal sebagai zon rintangan yang signifikan. Oleh itu, harga kekal diniagakan lemah selagi tahap 0.7268 ini tidak ditembusi. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap rintangan 0.7300, maka pesanan stop loss harus diletakkan pada tahap 0.7318.