USD/CHF
Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan dalam aliran menaik. Corak Pengesahan Kenaikkan Harga yang dinyatakan di pasaran ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh stamina yang dijangkakan pada mata wang Dolar Amerika Syarikat. Susulan daripada ujian harga pada tahap sokongan 0.9200 pada 16 Februari yang lalu, harga telah meningkat sebanyak 550 pips (naik 220 pip pada bulan ini sahaja), menutup pada tahap rintangan 0.9750, Jumaat lalu.
Pasangan mata wang ini diniagakan dalam pasaran menaik dan ia sangat bagus untuk dagangan jangka panjang. Harga meneruskan dagangan ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana pasangan mata wang EUR/USD masih dalam aliran menaik. Tahap rintangan yang masing-masing terletak pada tahap 0.9800 dan 0.9850 adalah merupakan sasaran untuk minggu ini.