Pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat sedang 'back-testing' garis sokongan yang ditembusi berhampiran pada tahap 132.83. Kami menjangkakan rintangan berhampiran tahap 132.98 akan dapat menghalang aliran menaik bagi membolehkan tekanan penurunan harga diperbaharui ke arah sokongan utama jangka pendek 132.08 dan lebih rendah lagi, sekaligus mengesahkan bahawa gelombang B telah berakhir dan gelombang C yang lebih rendah ke tahap 124.94 sedang membangun.
Penurunan harga dari tahap 137.50 adalah merupakan zig-zag akhir yang lebih rendah dalam pengukuhan segitiga besar, yang telah dibangunkan sejak Julai 2008. Kami hanya kekurangan penurunan akhir dalam gelombang C untuk menyelesaikan zig-zag dan gelombang (E), dan menetapkan tahap harga untuk kenaikkan harga yang lebih besar pada pasangan mata wang EUR/JPY.
R3: 133.54
R2: 132.98
R1: 132.85
Pangsi: 132.53
S1: 132.07
S2: 131.75
S3: 131.35
Cadangan Perdagangan:
Kami akan meletakkan pesanan menjual EUR disini pada tahap 132.85 dan Stop Loss pada tahap 133.85.