EUR/JPY
Tidak seperti pasangan mata wang USD/JPY, pasangan mata wang EUR/JPY ini tidak membuat banyak pergerakkan harga ketara pada minggu ini. Harga hampir tidak berubah pada minggu lepas, mengekalkan pergerakan pengukuhan harga sepanjang minggu. Pengukuhan harga berkemungkinan akan diteruskan pada minggu ini, walau bagaimanapun, penembusan harga diramalkan akan berlaku.
Pergerakan harga yang jelas dijangkakan akan berlaku pada bila-bila masa, yang berkemungkinan besar akan memihak kepada aliran menaik. Sebaliknya, terdapat kemungkinan bahawa harga akan membuat penurunan sebelum akhir minggu ini, kerana prospek pada pasangan JPY adalah menurun untuk minggu ini. Ayunan harga di pasaran boleh berlaku untuk jangka pendek atau jangka sederhana.