Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF kini menunjukkan isyarat pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.9767.
Berdasarkan kepada carta 4H, sokongan utama dilihat berada pada tahap 0.9710.
Tahap 0.9710 adalah bertepatan dengan Fibonacci 61.8%, yang dijangkakan akan bertindak sebagai sokongan kecil pada hari ini. Memandangkan harga kini diniagakan di atas Fibonacci 61.8%, pasaran masih dalam arah aliran menaik.
Selain itu, trend ini masih menunjukkan pengukuhan harga di atas Moving Average (MA)(100).
Oleh yang demikian, pasaran kini menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan yang disebutkan di atas, kerana prospek kenaikkan harga kekal ama selagi EMA 100 bergerak ke tahap yang lebih tinggi.
Oleh itu, sokongan kuat pada tahap 0.9767 menyediakan isyarat yang jelas untuk mengambil pesanan membeli dengan sasaran ditetapkan pada tahap 0.9792.
Sekiranya harga berjaya menembusi rintangan kecil pada tahap 0.9792, pasangan berkemungkinan besar akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi untuk meneruskan kesinambungan aliran menaik ke tahap 0.9831 untuk menguji rintangan harian 1.