Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 24 April, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-04-25T02:20:26

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 24 April, 2018

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 24 April, 2018

Kesemua sasaran menaik yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah berjaya ditembusi. Pasangan mata wang USD/JPY ini berkemungkinan besar akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Kenaikkan harga pada pasangan mata wang ini telah dipercepatkan selepas ia menembusi di atas sempadan saluran menaik. Kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50 berperanan sebagai tahap sokongan. Indeks kekuatan relatif menunjukkan momentum menaik. Oleh yang demikian, selagi harga tidak menembusi tahap 108.50, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga yang selanjutnya dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 109.40 dan 109.80.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 108.50, dan take profit pada tahap 109.40.

Tahap Rintangan: 109.40, 109.80, dan 110.15

Tahap Sokongan: 108.25, 107.90, dan 107.50.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...