Semalam, pasangan mata wang NZD/USD ini telah menyaksikan penembusan harga di bawah titik pangsi mingguan (0.7110). Rintangan utama dilihat terletak pada tahap 0.7110. Harga telah meneruskan pergerakkan menurun dari tahap 0.7110 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 0.7072. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7148, dan diikuti oleh tahap 0.7195, manakala sokongan harian 1 pada tahap 0.7072. Selanjutnya, Moving Average (MA)(100) mula menunjukkan trend menurun; Oleh yang demikian, pasaran kini menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.7110. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.7110 dengan sasaran pertama ditetapkan pada 0.7072. Ini juga akan mendorong aliran menurun untuk meneruskan pergerakkan ke arah tahap 0.7026. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan diniagakan di antara tahap 0.7110 dan 0.7026 dalam beberapa jam yang akan datang. Kawasan harga 0.7148 kekal sebagai zon rintangan yang signifikan. Oleh itu, trend masih melemah selagi tahap 0.7148 ini tidak ditembusi. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap rintangan 0.7148, maka pesanan stop loss harus diletakkan pada tahap 0.7195.