EUR/JPY
Pasangan mata wang EUR/JPY ini memperlihatkan pergerakan harga yang jelas pada minggu lalu. Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat beberapa usaha menaik yang lemah pada Isnin dan Selasa lalu, mengukuh pada Rabu dan harga kemudiannya membuat pembetulan penurunan harga pada Khamis dan Jumaat. Meskipun kecenderungan pasaran kekal menaik, namun momentum kenaikkan harga semakin melemah, tidak mencukupi untuk menolak harga diniagakan lebih tinggi.

Pembetulan penurunan harga baru-baru ini mungkin akhirnya akan menjadi sesuatu yang penting. Pergerakan harga yang ketara dijangkakan berlaku pada pasangan mata wang EUR/JPY pada bulan Mei, dan sebahagian besarnya akan memihak kepada aliran menurun. Sekiranya ini berlaku, prospek dagangan bagi pasangan mata wang ini akan beralih kepada penurunan harga.