Pasangan mata wang EUR/NZD telah menurun lebih rendah ke tahap 1.7055. Kami masih menunggu lonjakan harga yang lebih hampir dengan tahap harga 1.7012 - 1.7032 sebelum pasangan mata wang ini meningkat lebih tinggi lagi ke arah 1.7474 mensasarkan ke tahap 1.8473 dalam dagangan jangka panjang.
Untuk dagangan angka pendek, kami menjangkakan rintangan kecil yang terletak pada tahap 1.7145 akan berupaya menghalang kenaikan harga bagi membolehkan ia membuat lonjakan akhir yang lebih rendah ke tahap 1.7012, walau bagaimanapun penembusan harga di atas tahap 1.7145 akan menjadi amaran bahawa gelombang ii/ sudah selesai, manakala penembusan harga di atas tahap rintangan 1.7180 akan mengesahkan bahawa gelombang ii/ telah berakhir dan gelombang iii/ lebih tinggi sedang membangun.
R3: 1.7227
R2: 1.7202
R1: 1.7180
Pangsi: 1.7145
S1: 1.7100
S2: 1.7055
S3: 1.7012
Cadangan Perdagangan:
Kami akan mengambil pesanan membeli EUR pada tahap 1.7025 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.7145.