Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan lebih tinggi dari tahap 0.9927. Sokongan didapati terletak pada tahap 0.9868, yang mewakili tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% pada carta 1H.
Harga berkemungkinan akan membentuk 'double bottom'. Hari ini, sokongan utama didapati terletak pada tahap 0.9868, sementara rintangan segera pada tahap 1.0003. Oleh yang demikian, pasangan mata wang USD/CHF kini menunjukkan isyarat kenaikkan harga berikutan penembusan menaik pada tahap 0.9961. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9961 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.0003 untuk menguji rintangan harian 1 dan bergerak lebih jauh sehingga mencecah ke tahap 1.0048.
Juga, tahap 1.0048 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana pasangan mata wang ini diramal akan membentuk 'double top' yang baru. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih dalam aliran menaik; justeru itu, kami meramalkan bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini akan meningkat dari tahap 0.9961 ke 1.0048 pada hari ini. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.9868, penurunan yang selanjutnya ke tahap 0.9826/0.9800 mungkin berlaku, yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.