USD/JPY
Pasangan mata wang USD/JPY ini diniagakan tinggi, walau bagaimanapun trend kini adalah tidak menentu. Harga tidak menyaksikan kenaikkan yang ketara pada minggu lepas, susulan daripada pembetulan penurunan harga. Sebaik sahaja tahap bekalan 110.00 ini diuji, harga telah ditarik sebanyak 100 pips, bergerak di bawah tahap permintaan 109.00 dan kemudian menutup di atasnya pada Jumaat.
Berikutan kecenderungan kenaikkan berada dalam keadaan yang tidak menentu, mana-mana pergerakan harga di bawah tahap permintaan 108.00 akan menghasilkan isyarat penurunan harga yang jelas. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan diniagakan dalam aliran menurun yang ketara pada minggu ini.