Emas telah mencatatkan tahap rendah pada Mei sekitar harga $1,301 dan diniagakan kukuh sejak daripada itu. Kami menjangkakan Emas berkemungkinan besar akan mencapai tahap $1,330-32 dalam dagangan jangka pendek pada minggu ini sebelum ia bergerak ke arah tahap $1,310 dan bersedia untuk membuat lantunan harga yang ketara.
Lanjutan 161.8% pada kenaikkan pertama adalah sasaran jangka pendek kami. Ini juga merupakan rintangan jangka pendek utama. Sekiranya emas berjaya menembusi di atas tahap rintangan utama tersebut, maka harga berpotensi untuk bergerak ke arah sasaran Fibonacci seterusnya yang terletak pada $1,350. Sokongan didapati terletak pada tahap $1,301 dan selagi harga diniagakan di atas tahap itu, kami menganggap sebarang penarikan semula sebagai peluang untuk mengambil pesanan membeli.