Pasangan mata wang USD/CHF ini telah membentuk corak harga tinggi lebih rendah - corak harga rendah lebih tinggi. Ia sudah dapat dilihat. Selepas pasangan ini membuat Hoe Patter (The 123 Pattern), pasangan mata wang ini telah membuat RH (Ross Hook) dua kali dan harga berkemungkinan besar akan menguji untuk menembusi RH kedua untuk meneruskan pergerakan selagi titik 3 pada Corak Hoe (123 Pattern) 1.0039 tidak ditembusi.
(Disclaimer)
Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa kepada risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk semua jenis pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga berpotensi untuk menentang dagangan anda. Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keupayaan untuk mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melaburkan wang anda sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung kerugian. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan anda sekiranya mempunyai sebarang keraguan.