EUR/JPY - Carta 4 Jam
Rali pembetulan dari tahap 129.20 dilanjutkan untuk menguji sasaran pembetulan 50% pada tahap 131.27 (tahap tinggi dilihat pada tahap 131.37). Penurunan harga tidak kelihatan seperti pembetulan, tetapi belum pada kelima-lima gelombang. Untuk mengesahkan penurunan lima gelombang, pasangan mata wang EUR/JPY ini perlu berada di bawah rintangan kecil pada tahap 131.13 dan menembusi di bawah tahap sokongan kecil 130.73 untuk penurunan harga mendekati sokongan pada 130.61. Ini perlu menyelesaikan penurunan impulsif pertama dari tahap 131.27 dan mengesahkan bahawa pembetulan pada gelombang iv telah berakhir dan gelombang v rendah sedang membangun.
Sekiranya rintangan kecil pada tahap 131.13 ini berjaya ditembusi, tanpa tahap rendah baru dilihat, ia akan menunjukkan bahawa gelombang iv masih berpotensi untuk memperlihatkan kenaikkan harga yang lebih tinggi dan akan mensasarkan harga ke arah rintangan pada tahap 131.76.
R3: 131.76
R2: 131.37
R1: 131.00
Pangsi: 130.85
S1: 130.73
S2: 130.61
S3: 130.43
Cadangan Perdagangan:
Pesanan Stop Loss pada tahap 131.25 telah ditembusi dengan kerugian kecil sebanyak 62 pips. Kami akan mengambil pesanan menjual EUR pada tahap 130.96 dan meletakkan Stop Loss pada tahap 131.22. Kami akan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 130.70 dan bersedia untuk menjual semula EUR berhampiran tahap 131.00.