EUR/JPY - 4 Hourly
Pasangan nara wang EUR/JPY diniagakan rendah pada hari semalam menghampiri ke bahagian bawah tahap sokongan utama jangka pendek 129.96, menambah keyakinan pada perkiraan pilihan kami, gelombang iv telah berakhir dengan menguji tahap 131.38 dan penurunan terakhir pada gelombang C (E) sekarang sedang membangun ke arah sasaran ideal - di antara tahap 123.33 - 125.32. Penurunan harga di kawasan harga ini perlu melengkapkan penyatuan segitiga yang besar, yang telah dibentuk sejak Julai, 2018.
Rintangan kecil jangka pendek pada tahap 130.73 perlu menghalang harga untuk diniagakan lebih tinggi bagi membolehkan tekanan menurun diperbaharui hingga ke bawah tahap 130.18 dan yang lebih penting di bawah tahap sokongan 129.78. Rintangan yang tidak dijangkakan di atas tahap rintangan 130.73 akan menunjukkan bahawa pembetulan harga yang lebih kompleks pada gelombang iv yang sedang berkembang dan berpotensi untuk memanggil satu lagi rali menaik ke arah tahap 131.68 sebelum harga diniagakan rendah semula.
R3: 131.13
R2: 130.73 Rintangan Utama
R1: 130.57
Pivot: 130.18
S1: 130.05
S2: 129.78
S3: 129.49
Cadangan Perdagangan:
Kami menjual EUR dari tahap 130.95 dan kami akan menggerakkan kedudukan pesanan Stop Loss kami lebih rendah ke tahap 130.80. Sekiranya anda masih belum mengambil pesanan menjual EUR, maka adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual berhampiran tahap 130.57 atau sebaik sahaja harga menembusi di bawah tahap 130.18 dan menetapkan Stop Loss pada tahap sama 130.80.