Titik Pangsi: 1.2862.
Pasangan mata wang USD/CAD telah diniagakan dalam aliran menaik dari tahap 1.2728 ke arah tahap 1.2867 pada minggu ini. Harga semasa kini ditetapkan pada tahap 1.2870. Merujuk kepada carta 1H, rintangan dilihat terletak pada tahap 1.2894 dan 1.2939. Selain itu, sokongan mingguan 1 dilihat berada pada tahap 1.2791. Hari ini, pasangan mata wang USD/CAD meneruskan pergerakkan dalam trend menaik daripada tahap sokongan baru 1.2830, untuk membentuk saluran kenaikkan harga. Merujuk kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan bergerak di antara tahap 1.2830 dan 1.2939. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.2830 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2894 untuk menguji rintangan kedua dan seterusnya ke tahap 1.2939. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 1.2939, pasaran dijangkakan akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.2939. Pasaran akan menurun pergerakkan menuju ke tahap 1.2862 untuk kembali ke titik pangsi mingguan. Sementara itu, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan menggerakkan harga untuk diniagakan lebih rendah sehingga mencecah ke tahap 1.2728 dengan tujuan untuk menguji 'double bottom' pada carta 1H. Ulasan: Pangsi mingguan dilihat terletak pada tahap 1.2862. Pasaran masih berdagang dalam aliran menaik. Kami masih cenderung untuk memilih senario kenaikan harga selagi harga tidak menembusi tahap 1.2830.