Tinjauan Harian
Pasangan mata wang EUR/USD ini masih terperangkap di antara tahap harga 1.2500 dan 1.2200 sehinggalah berlaku penembusan penurunan harga baru-baru ini.
Isyarat pembalikan penurunan harga ditunjukkan di sekitar tahap 1.2400. Ini ditunjukkan dalam graflilin harian penurunan engulfing pada 20 April lalu.
Tinjauan untuk dagangan jangka pendek bertukar kepada penurunan harga sebagaimana pasangan mata wang EUR/USD ini masih diniagakan di bawah penembusan aliran menaik dan had julat pengukuhan harga lebih rendah telah ditembusi.
Ketahanan penurunan harga di bawah tahap 1.2200 membenarkan harga untuk bergerak lebih rendah ke tahap 1.1990 dan 1.1880.
Seperti yang dinyatakan, zon harga (1.1850-1.1750) menawarkan penolakan kenaikkan harga yang signifikan dan penarikan semula kenaikan harga jangka pendek untuk peniaga urusniaga harian.
Walau bagaimanapun, tahap menurun baru-baru ini telah ditubuhkan sekitar tahap 1.1990 sebagaimana aliran menaik EUR/USD gagal meneruskan ke arah sasaran kenaikan harga yang lebih tinggi. Ini meningkatkan senario penurunan pasaran.
Sekiranya momentum penurunan harga mendominasi, ketahanan penurunan harga di bawah tahap 1.1700-1.1750 (zon rendah harian sebelumnya) diperlukan untuk mengukuhkan penurunan harga yang selanjutnya ke arah tahap 1.1400 (tahap utama bulanan yang disebutkan sebelum ini).