Titik Pangsi: 0.6943.
Pasangan mata wang NZD/USD ini akan meneruskan dagangan jangka panjang dalam aliran menaik dari tahap 0.6921. Perlu diingatkan bahawa tahap sokongan telah ditetapkan pada tahap 0.6921 yang mewakili sokongan harian pada carta 1H. Harga diramalkan akan membentuk 'double bottom' pada carta yang sama. Sehubungan itu, pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan menunjukkan tanda-tanda kenaikkan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.6921. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6921 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6965 untuk menguji rintangan harian 1. Selain itu, RSI masih menyatakan isyarat kenaikkan harga sebagaimana pasangan mata wang kekal mengukuh di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan diniagakan lebih tinggi dalam beberapa jam yang akan datang. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 0.6965, maka pasaran akan memanggil pasaran kenaikan harga kuat ke arah tahap sasaran 0.6997 pada hari ini. Tahap 0.6997 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.6921, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.6873 mungkin berlaku. Ia akan menunjukkan pasaran penurunan harga. Secara keseluruhannya, kami masih mencari pasaran kenaikan harga dalam dagangan jangka panjang.