Pasangan mata wang GBP/JPY ini diniagakan di bawah tekanan dan ini diramalkan akan berlanjutan. Pasangan mata wang ini masih dalam trend menurun, dihadkan oleh penurunan Moving Average (MA) 50. Walaupun pengukuhan harga tidak berlaku pada tahap semasa, namun pergerakkan harga ini harus dihadkan sebelum melanjutkan penurunan harga yang selanjutnya. Sementara itu, indeks kekuatan relatif telah ditembusi menuju ke tahap neutral 50, mendorong harga untuk membuat penurunan harga baru. Kesimpulannya, selagi tahap 147.25 berperanan sebagai rintangan, harga berkemungkinan besar akan jatuh ke tahap 145 dan 144.20.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 147.90, 148.75, dan 149.35
Tahap Sokongan: 145, 144.20, dan 143.75