Pasangan mata wang EUR/USD telah menembusi tahap sokongan 1.1708 yang kini bertindak sebagai rintangan. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang EUR/USD ini masih diniagakan di antara tahap 1.1708 dan 1.1586. Oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 122 pips dalam beberapa jam yang akan datang. Trend masih berada di bawah EMA 100 kerana prospek penurunan harga kekal sah selagi EMA 100 bergerak menuju ke arah tahap lebih rendah. Oleh itu, tahap 1.1708 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang EUR/USD inni akan bergerak lebih rendah. Struktur penurunan harga tidak kelihatan seperti pembetulan. Untuk mewujudkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.1708, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.1708 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1586. Selain itu, sokongan mingguan 1 dilihat terletak pada tahap 1.1586. Walau bagaimanapun, peniaga harus mengawasi isyarat penolakan harga yang berlaku di sekitar tahap 1.1708. Tahap 1.1708 adalah bertepatan dengan Fibonacci 61.8%, yang dijangka akan bertindak sebagai rintangan utama pada hari ini. Sebagaimana pasangan mata wang ini masih berada di bawah Fibonacci 61.8%, pasaran kekal dalam aliran menurun. Secara keseluruhannya, kami masih cenderung untuk memilih senario penurunan harga.