Sasaran pertama yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah berjaya ditembusi. Pasangan mata wang ini menyaksikan lantunan semula harga yang kuat semalam, dan akan menguji rintangan seterusnya yang terletak pada tahap 0.7030. Moving Average (MA) 50 kini menaik, dan harus bertindak sebagai sokongan yang kuat. Di samping itu, indeks kekuatan relatif adalah menaik di atas tahap neutral 50. Dalam kes ini, selagi harga tidak menembusi tahap 0.6965, harga berkemungkinan besar akan meningkat sehingga mencapai ke tahap 0.7030 dan 0.7050.
Tinjauan Fundamental:
Awal hari ini, laporan ekonomi mengenai keyakinan perniagaan dan gambaran perniagaan syarikat New Zealand telah menyaksikan penurunan sebanyak 4 mata bagi bulan Mei, dengan bersih 27% perniagaan kini pesimis mengenai tahun hadapan. Tinjauan syarikat terhadap aktiviti mereka sendiri menurun kepada +14, paras terendah sejak November. Keyakinan perniagaan New Zealand telah menurun, menghantar isyarat amaran kepada kerajaan pusat yang masih kurang berpengalaman. Nampaknya ada banyak perkara yang perlu dikhuatiri dengan ukuran keyakinan perniagaan ANZ yang melemah ke arah aliran rendah selepas pilihan raya tahun lepas.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 0.7030, 0.7050, dan 0.7075
Tahap Sokongan: 0.6930, 0.6905, dan 0.6835