Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Jun, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-06-04T06:46:22

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Jun, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Jun, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah menyaksikan penembusan harga pada tahap sokongan 1.1708, yang mana ia kini bertindak sebagai tahap rintangan. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang EUR/USD ini masih diniagakan di antara tahap 1.1708 dan 1.1586. Oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 122 pips dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Harga masih berada di bawah EMA 100 sebagaimana prospek penurunan harga kekal sah selagi EMA 100 bergerak menuju ke tahap lebih rendah. Oleh yang demikian, tahap 1.1708 kekal sebagai zon rintangan yang ketara buat pasangan mata wang EUR/USD ini. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa harga akan diniagakan lebih rendah. Struktur penurunan harga tidak kelihatan seperti pembetulan. Untuk menghasilkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.1708, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.1708 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1586. Selain itu, sokongan mingguan 1 dilihat terletak pada tahap 1.1586. Walau bagaimanapun, para pedagang dinasihatkan untuk mengawasi isyarat penolakan harga yang berlaku di sekitar tahap 1.1708. Tahap 1.1708 adalah bertepatan dengan Fibonacci 61.8%, yang dijangka akan bertindak sebagai rintangan utama pada hari ini. Memandangkan harga masih berada di bawah Fibonacci 61.8%, pasaran masih diniagakan dalam arah aliran menurun. Secara keseluruhannya, kami masih cenderung untuk memilih senario penurunan harga untuk tempoh beberapa hari yang akan datang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...