Pasangan mata wang AUD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Pasangan mata wang ini telah menembusi di atas garis aliran menurun sejak 31 Mei, sekaligus mengesahkan prospek kenaikan harga. Moving Average (MA) 20 dilihat meningkat dan menembusi di atas MA 50. Indeks kekuatan relatif bercampur-campur dengan kenaikan harga. Oleh yang demikian, selagi tahap 0.7600 ini mengukuh dalam konteks aliran menurun, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan lantunan semula harga ke tahap 0.7670. Penembusan harga di atas tahap ini akan mendorong pasangan mata wang AUD/USD untuk bergerak lebih tinggi ke arah tahap 0.7685.
Gambaran Keseluruhan Fundamental: Awal hari ini, jualan runcit Australia menyaksikan peningkatan sebanyak 0.4% berbanding ramalan 0.3%. Sebelum ini, atv 0.0%. Data ini telah mendorong pasangan mata wang AUD/USD untuk diniagakan lebih tinggi. Berita lain, iklan pekerjaan Australia naik sebanyak 1.5% pada bulan lepas, lebih tinggi berbanding penurunan 0.7% kumulatif dari Februari-April. Tahun ke tahun, pertumbuhan meningkat kepada 11.5% pada bulan Mei dari 8.7% pada bulan April. ANZ menyifatkan bahawa ini adalah cukup menggalakkan untuk melihat prestasi iklan pekerjaan pada bulan Mei, yang dicatatkan semasa petunjuk masa hadapan pasaran buruh kekal positif.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 0.7670, 0.7685, dan 0.7715
Tahap Sokongan: 0.7580, 0.7560, dan 0.7525