Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 05 Jun, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-06-06T02:28:36

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 05 Jun, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 05 Jun, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Walaupun berlaku penarikan semula semasa dari tahap 1.1745 (tahap tinggi 4 Jun), pasangan mata wang ini masih berdagang di atas asas sokongan 1.1645, yang telah membenarkan penstabilan harga sementara. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menurun. Walaupun kesinambungan pengukuhan harga tidak berlaku, namun pergerakkan harga harus dihadkan. Kesimpulannya, di atas tahap 1.1645, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kesinambungan kenaikkan harga dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1720 dan 1.1745.

Tinjauan Fundamental: Dolar Amerika Syarikat (AS) diniagakan sedikit lebih tinggi berbanding euro pada Selasa, didorong oleh laporan jualan runcit zon eropah yang mencatatkan bacaan di bawah jangkaan pasaran. Dolar AS berada di bawah radar berikutan ketidakpastian perang perdagangan global kembali pada agenda. Sidang kemuncak G7 di Kanada, isu perdagangan lebih ketara. Tumpuan jangka pendek untuk pasaran kewangan adalah sama ada Presiden A.S. Donald Trump boleh dibicarakan dari proteksionisnya oleh pemimpin G7 di mesyuarat hujung minggu mereka yang berlangsung di Quebec.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 1.1720, 1.1745, dan 1.1785

Tahap Sokongan: 1.1615, 1.1590, dan 1.1550

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...