Berdasarkan kepada carta 4 jam, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pasangan mata wang EUR/JPY ini telah menembusi dan menutup di bawah saluran menaik yang diperluaskan. Pasangan mata wang ini mendapat momentum penurunan harga dan kini dilihat sedang pembetulan harga kecil untuk menguji rintangan sebelumnya yang terletak pada tahap 129.25. Selagi pasangan mata wang ini gagal menembusi dan menutup di atas tahap 131.35, harga dijangkakan akan melanjutkan pergerakkan menurun dan menguji tahap sokongan paling hampir pada tahap 125.50.
(Disclaimer)