Pasangan mata wang EUR/JPY ini meneruskan pergerakkan menaik dari tahap rendah 126.61, walau bagaimanapun, harga perlu menembusi di atas tahap rintangan 128.51 untuk mengesahkan gelombang iii sedang berjalan dengan baik. Penembusan harga di atas tahap rintangan 128.51 akan mendorong harga untuk membuat kesinambungan pergerakkan harga yang lebih tinggi ke tahap 130.35 dan 133.46 sebagai sasaran menaik kecil yang seterusnya menuju ke tahap lebih tinggi, sasaran lanjutan 161.8% pada tahap 136.88.
Sokongan jangka pendek dilihat terletak pada tahap 127.63 dan lebih penting lagi pada tahap 127.08. Ia harus ditembusi untuk mengekalkan prospek kenaikkan harga.
R3: 128.73
R2: 128.51
R1: 128.23
Pangsi: 128.01
S1: 127.78
S2: 127.63
S3: 127.39
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR pada tahap 127.20 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 127.00. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 127.63 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 127.00.