Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD telah menembusi rintangan yang bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 1.3247 semalam. Tahap 1.3247 adalah bertepatan dengan nisbah emas (Fibonacci 78.6%), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada carta 1H hari ini. Oleh itu, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 1.3247. Selain itu, RSI mula menunjukkan aliran menaik, dan pasangan mata wang ini masih menunjukkan pengukuhan harga di atas Moving Average (MA)(100). Oleh yang demikian, pasaran kini menunjukkan peluang kenaikkan harga di atas tahap 1.3247/1.3300. Pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan isyarat arah aliran menaik sekitar tahap 1.3247 - 1.3300. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas Fiboancci 78.6% (1.3247) dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3387 untuk menguji rintangan pertama dalam carta yang sama. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 1.3387, pasaran diramalkan akan meneruskan pergerakkan menuju ke arah sasaran yang seterusnya pada tahap 1.3442. Sokongan kuat harian dilihat berada pada tahap 1.3247. Oleh itu, sekiranya berlaku penembusan harga pada tahap sokongan 1.3240, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.