Berdasarkan kepada carta harian pasangan mata wang USD/CHF, harga kelihatan seperti sedang membuat pengukuhan harga (lebih cenderung untuk menjadi Segitiga Menurun). Sekiranya terdapat Pengukuhan harga sebelumnya di kotak kuning kiri dan berpadanan dengan pengukuhan harga baru di kotak kuning kanan, kita boleh menganggap bahawa akan terdapat pergerakan harga yang ketara (mungkin penembusan harga) pada 14 Julai 2018, seperti yang semua sedia maklum bahawa tarikh tersebut adalah sehari selepas fenomena New Moon & Moon Perigee yang menjejaskan pasangan mata wang EUR/USD dengan ketara. Berdasarkan kepada fakta ini, kami mengandaikan bahawa pasangan mata wang USD/CHF akan cuba untuk menguji tahap Sokongan 0.9803 dan melantun semula sehingga 14 Julai 2018.
(Disclaimer)