Walaupun fakta mengatakan bahawa Bitcoin ditemui merosot hampir lebih 300 kali, berdasarkan kepelbagaian senarai laman web untuk Obituari (mata wang kripto yang "merosot" 315 kali, di mana sebanyak 69 kali berlaku hanya untuk tahun ini), pasaran penurunan harga semasa bukan satu pengakhiran untuk dagangan Bitcoin.
Bagi untuk mengesahkan kenyataan tersebut, izinkan saya mengemukakan tiga faktor utama. Pertama, sila perhatikan bahawa sentimen pasaran adalah menghampiri kepada tahap terendah, yang memberi maksud bahawa aliran itu mungkin akan berbalik.
Bitcoin, pada masa kini berdagang di sekitar tahap $ 5,881, adalah semakin merosot sejak mencapai paras tertinggi sebanyak $ 20,000 pada bulan Disember 2017. Walaupun begitu, saya ingin menarik perhatian anda kepada fakta bahawa Bitcoin masih pada tahap yang sama seperti pada bulan November 2017 , manakala pada tempoh setahun yang lalu nilainya adalah sebanyak 60% pada paras lebih rendah - sekitar sebanyak $ 2,500. Agensi perkhidmatan kewangan Jepun menghantar pesanan peningkatan perniagaan ke enam pertukaran/bursa domestik walaupun perkara tersebut akan menjadi sedikit lebih sukar dalam tempoh jangka pendek, keadaan tersebut akan menjadikan bursa saham lebih kukuh untuk tempoh jangka masa yang lebih lama.
Dan akhir kata: pengumuman Mt. Gox akan mengembalikan dana kepada para pelanggannya dan memulakan tindakan undang-undang sivil (ini adalah selepas berlakunya serangan penggodaman, yang merompak sebanyak $ 473 juta pada akhir tahun 2013. Akibatnya, serangan pada Mt Gox dianggap sebagai penggodaman yang paling terbesar dalam sejarah dagangan mata wang kripto, di mana sehingga tahun ini diteruskan pada Coincheck, yang nilai mencapai kepada 534 juta dolar).
Sekarang mari kita lihat kepada carta teknikal Bitcoin pada tempoh masa H4. Pasaran telah membuat ayunan baru yang rendah pada tahap $ 5,742 dan kemudiannya melantun secara mendadak ke arah pangsi/paksi mingguan pada tahap $ 6,223. Paras rendah pada tahap $ 5,742 mungkin adalah bahagian bawah untuk keseluruhan kitaran pembetulan ke paras bawah yang dilabel sebagai gelombang WXYXXZ pada carta. Walau bagaimanapun, bahagian bawah ini masih belum disahkan lagi, jadi para pelabur global perlu menunggu untuk kenaikkan harga pasaran bagi memecahkan tahap $ 6,800 dalam keadaan yang memberi dorongan. Perbezaan kenaikkan harga yang semakin meningkat antara harga dan momentum pengayun menyokong kepada kecenderungan kenaikkan harga.