Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD ini meneruskan dagangan di bawah tahap rintangan utama harian (1.3131). Ia terus bergerak ke arah bawah dari tahap 1.3131 ke bahagian lebih rendah menghampiri tahap 1.3068. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3131, dan diikuti oleh tahap 1.3196, manakala sokongan harian 1 pada tahap 1.3068. Selanjutnya, Moving Average (MA)(100) mula menunjukkan aliran menurun; Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.3068. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 1.3068 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2988. Ia juga akan mendorong harga untuk meneruskan pergerakkan ke arah tahap 1.2919 dalam beberapa jam yang akan datang. Sokongan harian yang kuat dilihat terletak pada tahap 1.2919, yang mewakili 'double bottom' pada carta 4H. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan diniagakan di antara tahap 1.3090 dan 1.2919 dalam tempoh dua hari akan datang. Kawasan harga 1.3131 kekal sebagai zon rintangan yang signifikan. Oleh itu, harga masih melemah selagi tahap 1.3131 tidak ditembusi. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang GBP/USD ini menembusi tahap rintangan 1.3131, maka stop loss harus diletakkan pada tahap 1.3196.