
Titik Pangsi : 0.9857.
Harga masih diniagakan di atas titik pangsi pada 0.9857. Pasangan mata wang USD/CHF ini menghadapi rintangan pada tahap 0.9943. Rintangan kuat telah terbentuk pada tahap 0.9943 dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan cuba mendekatinya untuk mengujinya semula. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap 0.9943, pasaran dijangkakan akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan kuat baru pada 0.9943 (tahap 0.9943 adalah bertepatan dengan Fibonacci 78.6%). Selain itu, RSI mula menandakan aliran menurun, sebagaimana pasangan mata wang ini masih menunjukkan pengukuhan harga di atas Moving Average (MA)(100) dan (50). Oleh yang demikian, pasaran kini menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.9943, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.9940 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9795. Ia juga akan mendorong harga untuk bergerak lebih rendah untuk meneruskan pergerakkan ke arah tahap 0.9733. Sokongan kuat harian dilihat berada pada tahap 0.9733. Sementara itu, pesanan stop loss perlu diambil kira, adalah lebih baik untuk menetapkan pesanan stop loss anda pada tahap 1.0053.