
Baru-baru ini, emas telah diniagakan dalam aliran menurun. Harga dilihat telah menguji tahap $1,253.00. Berdasarkan kepada carta 1H, saya mendapati bahawa terdapat kemungkian pengakhiran pembetulan menurun (abc mendatar), yang merupakan isyarat bahawa pesanan menjual pada tahap ini kelihatan berisiko. Saya juga mendapati bahawa terdapat perbezaan (divergence) harga tersembunyi pada carta, yang merupakan isyarat lain untuk pengukuhan harga. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan penembusan harga yang berpotensi pada garis aliran bekalan untuk mengesahkan pergerakkan harga yang selanjutnya. Sasaran untuk aliran menaik untuk ditetapkan pada tahap $1,264.90.
Tahap Rintangan: R1: $1,265.20R2: $1,271.50R3: $1,275.40
Tahap Sokongan: S1: $1,254.60S2: $1,250.20S3: $1,244.40
Cadangan perdagangan untuk hari ini: Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan membeli yang berpotensi.