Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan NZD/USD untuk 12 Julai, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-07-12T08:30:31

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan NZD/USD untuk 12 Julai, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan NZD/USD untuk 12 Julai, 2018

Pasangan mata wang NZD/USD ini telah terperangkap di antara tahap harga 0.7170 dan 0.7350 sehingga penembusan penurunan harga 0.7200 berlaku pada 23 April lalu.

Penembusan harga pada tahap 0.7220-0.7170 (zon neckline) diperlukan untuk mengesahkan corak pembalikan harga yang digambarkan. Tahap sasaran menurun berhampiran 0.7050 dan 0.7000 telah dicapai.

Tahap harga 0.7050 dianggap sebagai tahap utama untuk penurunan pasangan mata wang NZD/USD. Itulah sebabnya kegigihan penurunan harga di bawah tahap 0.7050 membenarkan penurunan harga yang lebih rendah berlaku ke arah tahap harga sekitar tahap 0.6800.

Penurunan harga ketara dilihat ke arah tahap 0.6800 di mana penembusan menurun palsu telah berlaku. Ini membolehkan pergerakan menurun sementara berlaku ke arah 0.6680. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini gagal mengekalkan momentum penurunan harga yang mencukupi.

Pada 7 Julai, penolakan kenaikkan harga yang ketara telah mendorong pasangan mata wang NZD/USD untuk diniagakan di atas tahap 0.6820 sekali lagi. Ini mengukuhkan lagi prospek kenaikkan harga di pasaran.

Cadangan Perdagangan:

Pada masa ini, zon harga 0.6780-0.6820 merupakan zon permintaan ketara untuk diperhatikan bagi kemasukan pesanan MEMBELI dengan sasaran kenaikan harga yang berpotensi terletak di sekitar tahap 0.6900-0.6980.

Para pedagang dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya berlaku penembusan harga di bawah tahap 0.6680 kerana ini akan membatalkan senario kenaikkan harga sebelumnya.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...