Pasaran dagangan harga emas kekal berhampiran paras terendahnya pada tahun 2018. Aliran masih kekal dalam penurunan harga dan masih tiada petunjuk pembalikan kenaikkan harga. Harga Emas adalah terlebih jual pada tahap semasa dan kita harus menumpukan pada perdagangan kenaikan harga berbanding harga yang menurun.

Segi empat hijau - tahap sokongan
Segi empat merah - tahap rintangan
Garisan biru - saluran pitchfork
Garisan merah - rintangan jangka pendek
Rintangan jangka pendek adalah pada tahap $ 1,244-45. Penembusan di atas tahap ini memberikan alsaan yang kukuh kepada pergerakkan yang lebih tinggi ke arah anjakan Fibonacci sebanyak 38% pada harga $ 1,247. Penembusan di atas rintangan Fibonacci ini boleh menolak harga ke arah sempadan pitchfork dan tahap anjakan Fibonacci sebanyak 61.8% pada tahap $ 1,254. Aliran jangka pendek dan sederhana boleh berubah hanya pada penembusan di atas tahap ini. Sokongan dilihat pada tahap $ 1,235 dan seterusnya pada tahap $ 1,231.