Harga Emas dilihat sedang membentuk paras rendah baru 2018. Harga sedang menembusi tahap terakhir yang dilihat pada musim panas tahun 2017. Sokongan garis arah jangka panjang yang kami tunjukkan semalam telah ditembusi buat masa ini. Hanya penutupan mingguan di atas tahap $1,240 akan memberikan harapan untuk pembalikkan emas.

Garis biru - perbezaan (divergence) menaik tetap
Jalur merah - Sokongan RSI/ perbezaan (divergence) menaik
Harga emas merosot di bawah kawasan sokongan $1,237-35 dan telah menembusi kawasan $1,220 seperti yang dijangkakan. Walaupun tahap rendah RSI tidak membentuk tahap rendah baru. RSI berada di paras yang lebih tinggi sebagaimana tahap rendah telah dibuat pada 3 Julai sekitar $ 1,236. Rintangan cloud ditemui pada tahap $1,247 dan aliran menaik perlu menembusi tahap ini untuk menukar aliran jangka pendek untuk menaik semula. RSI juga menyimpang (diverging) harian dan juga oversold mingguan. Ini bukan masa untuk mengejar dagangan jangka pendek untuk Emas. Harga berkemungkinan besar akan membuat melantun harga sekurang-kurangnya ke arah tahap $1,240-45 tidak lama lagi.