
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap 1.1752. Sementara itu, penting untuk dinyatakan bahawa tahap 1.1752 adalah bertepatan dengan titik pangsi. Minggu ini, pasangan mata wang EUR/USD telah menurun dari tahap 1.1752 menghampiri ke bahagian bawah 1.1678. Pada hari ini, sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 1.1694, harga sedang bergerak dalam saluran penurunan harga. Selain itu, harga telah ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 1.1752, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 50%. Rintangan ini telah ditolak sebanyak beberapa kali sekaligus mengesahkan prospek aliran menurun. Di samping itu, RSI mula menandakan trend menurun. Oleh yang demikian, sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan pertama pada 1.1694, maka pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan pergerakkan menurun sehingga mencapai ke tahap 1.1623 untuk menguji sokongan mingguan 2. Pasaran berpotensi untuk menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.1752 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1663 dan seterusnya ke tahap 1.1566. Sementara pesanan stop loss akan diletakkan di atas tahap 1.1810 (Penarikan Semula Fibonacci 61.8%, nisbah emas).