Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Indeks USDX untuk 25 Julai, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-07-25T07:26:23

Analisis Teknikal Indeks USDX untuk 25 Julai, 2018

Analisis Teknikal Indeks USDX untuk 25 Julai, 2018

Tinjauan Teknikal:

Indeks Dolar Amerika Syarikat (AS) berjaya menguji rintangan Fibonacci 0.382 bagi keseluruhan penurunan di antara tahap 95.50 hingga ke tahap 94.20. Selepas mencapai tahap rintangan 94.80 semalam, indeks USDX telah menyaksikan penurunan harga yang ketara, menunjukkan bahawa bahagian bawah berpotensi untuk mengambil alih. Sebagai alternatif, walaupun terdapat ruang yang mencukupi untuk membolehkan harga menembusi tahap 95.10/20, yang merupakan rintangan Fibonacci 0.618, sebelum harga meneruskan pergerakkan ke tahap yang rendah lagi. Carta menunjukkan bahawa Indeks Dolar Amerika Syarikat telah mengukir kedudukan utama di tahap 95.50 dan harga harus berada di bawah ini untuk mengakhiri penurunan 'counter trend' ke tahap 91.00/92.00. Melihat gambaran yang lebih besar, indeks USDX dijangkakan akan menjejaki semula kenaikkan sebelumnya di antara tahap 87/88 melalui tahap 95.50 sebelum meneruskan aliran menaik.

Pelan Dagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual buat masa sekarang dan mengambil peluang untuk mengambil pesanan menjual yang seterusnya disekitar tahap 95.10, dengan menetapkan pesanan Stop Loss di atas tahap 95.50 dan sasaran terletak pada tahap 92.00.

Tinjauan Fundamental:

Dijadualkan tidak terdapat sebarang laporan ekonomi utama yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Semoga berjaya!

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...