Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan tenang untuk beberapa sesi dagangan terakhir sebagaimana harga dilihat masih terperangkap di dalam corak segi tiga. Berikutan kebanyakan peniaga menunggu mesyuarat ECB yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini dan sidang akhbar oleh Presiden ECB, Mario Draghi.

Garis hitam - corak segi tiga
Garis biru - corak segi tiga RSI
Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan betul-betul di bawah rintangan sempadan segitiga menaik. Pedagang jangka pendek boleh cuba menjual pada tahap semasa kerana harga memberikan ganjaran risiko yang besar jika harga jatuh selepas persidangan akhbar ECB. Jika tidak, harga akan menghampiri Stop loss. Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan penembusan harga palsu. Persidangan akhbar yang akan dibuat oleh Presiden ECB, Mario Dragi adalah sangat penting dan sila perhatikan tahap 1.1750-1.1760 dan 1.16. Strategi yang paling selamat adalah menunggu sehingga sidang akhbar berakhir sebelum anda memutuskan untuk mengambil pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang ini.