
Pasangan mata wang EUR/JPY telah mmeperlihatkan lonjakan menaik baik dari tahap rendah 129.09 dan penembusan harga di atas tahap rintangan 130.44 telah mengesahkan bahawa gelombang merah ii telah selesai dan gelombang merah iii kini membangun ke arah tahap 135.74 dan lebih tinggi dalam dagangan jangka panjang.
Rintangan seterusnya dilihat terletak pada tahap 131.71. Sebaik sahaja penembusan harga berlaku, harga berkemungkinan besar akan diniagakan lebih tinggi ke tahap 135.74.
Sokongan kini dilihat terletak pada tahap 130.24 dan diikuti pada tahap 129.68. Ia kemudiannya akan berupaya menghalang penurunan harga untuk membolehkan harga menguji dan menembusi di atas tahap 131.71.
R3: 131.71
R2: 131.49
R1: 131.15
Pangsi: 130.41
S1: 130.24
S2: 130.05
S3: 129.68
Cadangan Dagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 130.28, dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 129.50. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 130.24 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 129.50.