
Pasangan mata wang EUR/JPY dilihat sedang menguji sasaran pembetulan gelombang biru i 50 - 61% yang terletak di antara tahap 129.88 - 130.12. Kami menjangkakan bahawa zon sokongan maksimum 129.68 akan mendorong pasangan mata wang EUR/JPY ini terus diniagakan tinggi sehingga harga mencecah ke tahap 131.69 dan 133.26 sebagai sasaran sub yang seterusnya menuju ke tahap 135.74 dan lebih tinggi lagi dalam dagangan jangka panjang.
Penembusan harga yang tidak dijangkakan di bawah tahap 129.68 akan sedikit mengecewakan, walau bagaimanapun, sokongan yang terletak pada taahp 129.09 harus terus menghalang aliran menurun bagi membolehkan pasangan mata wang ini meneruskan dagangan ke tahap yang lebih tinggi.
R3: 131.15
R2: 130.68
R1: 130.30
Pangsi: 130.00
S1: 129.88
S2: 129.68
S3: 129.48
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 130.28, dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 129.50. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada zon sokongan 129.88 - 130.12 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 129.50.