
Pasangan mata wang EUR/NZD ini akhirnya menunjukkan sedikit pengukuhan harga. Penembusan harga di atas tahap rintangan 1.7205 berkemungkinan besar akan berlaku dan penembusan harga yang jelas di atas tahap rintangan ini akan mengesahkan bahawa gelombang merah iii yang lebih tinggi ke arah tahap 1.7510 sedang berlangsung. Tahap tinggi dalam dagangan jangka panjang masih dijangkakan.
Sokongan jangka pendek kini dilihat berada pada tahap 1.7180, dan diikuti pada tahap 1.7130. Walau bagaimanapun, harga dijangkakan tidak akan menembusi pada mana-mana tahap yang dinyatakan di atas.
R3: 1.7305
R2: 1.7268
R1: 1.7207
Pangsi: 1.7180
S1: 1.7130
S2: 1.7116
S3: 1.7106
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 1.7266, dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.7110. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga meembusi di atas tahap rintangan 1.7205 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.7110.