
Seperti yang telah diramalkan, pasangan mata wang USD/CAD ini meneruskan dagangan menurun dari tahap 1.3048. Semalam, pasangan mata wang ini telah memperlihatkan penurunan harga dari tahap 1.3048 menghampiri ke bahagian bawah 1.2974. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3094, dan diikuti oleh tahap 1.3132, manakala sokongan harian 1 berada pada tahap 1.2974. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CAD ini masih diniagakan di antara tahap 1.3048 dan 1.2974; untuk itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 74 pips (1.3048 - 1.2974). Sekiranya pasangan mata wang USD/CAD ini gagal menembusi tahap rintangan kecil yang terletak pada 1.3048, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan ke tahap 1.3048. Ini akan mendorong pasaran menurun sebagaimana penunjuk RSI masih berada di kawasan yang positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.2974 dengan tujuan untuk menguji sokongan utama harian. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 1.3094, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.