Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran keseluruhan makro global 09/08/2018

parent
Analisis Forex:::2018-08-09T10:39:21

Gambaran keseluruhan makro global 09/08/2018

Para pelabur global tidak terkejut dengan keputusan RBNZ pada hari ini yang berkenaan dengan kadar faedah. Seperti yang telah dijangkakan, kadar faedah kekal pada tahap 1.75%. Walau bagaimanapun, ramalan untuk tahun depan telah dikurangkan. Menjelang akhir tahun 2019, kadar asas adalah pada paras sebanyak 1.8% (di mana sebelum ini telah dijangka 1.9%). Ini bermakna bahawa pergerakan kenaikan kadar akan ditangguhkan/ditunda sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2020.

Terlebih lagi, kenyataan yang diterbitkan telah menunjukkan bahawa kadar boleh dinaikkan dan diturunkan. Langkah ini semua bergantung kepada keadaan ekonomi New Zealand dan ancaman luaran. Pertumbuhan ekonomi berada dalam catatan yang sederhana baru-baru ini, di mana seharusnya melonjak pada separuh kedua tahun ini. Dolar New Zealand yang lemah dan ledakan ekonomi global yang kukuh seharusnya meningkatkan prestasi sektor dagangan eksport.

Kadar yang rendah dan jumlah/saiz pekerjaan menggalakkan pelaburan dalam perniagaan. Kadar pengangguran seharusnya turun dengan ketara. RBNZ gembira kerana terdapat tanda-tanda kepada inflasi yang lebih tinggi. Perbelanjaan dan pelaburan kerajaan juga meningkat. Keadaan dalam pembinaan dan isi rumah berada dalam kedudukan yang memberangsangkan.

Sekarang mari kita melihat kepada gambaran teknikal bagi pasangan mata wang NZD / USD pada carta masa H4. Selepas keputusan itu dibuat, NZD menembusi daripada pengukuhan mendatar ke arah bawah dan membentuk paras rendah setempat yang baru pada tahap 0.6666. Rintangan teknikal yang paling hampir dilihat pada tahap 0.6685 dan hanya penembusan/perlanggaran yang berterusan pada tahap ini akan mengubah kecenderungan daripada penurunan ke arah menaik.

Gambaran keseluruhan makro global 09/08/2018

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...