
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menembusi tahap sokongan mingguan 1 pada minggu lalu. Oleh yang demikian, harga telah bergerak lebih rendah pada tahap 1.2780. Hari ini, pasangan mata wang diniagakan di bawah titik pangsi (1.2780). Pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi selagi ia kekal di bawah tahap 1.2780. Oleh itu, rintangan kecil telah ditetapkan pada tahap 1.2780. Selain itu, rintangan mingguan juga adalah selari dengan sokongan utama sekitar tahap 1.2837. Di samping itu, RSI masih mendorong harga untuk bergerak lebih rendah serta harga semasa juga dilihat berada di bawah Moving Average (MA) 100. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap harga semasa 1.2780 dengan sasaran pertama ditetapkan pada 1.2700. Dari sudut ini, jika pasangan mata wang ini menutup di bawah sokongan harian 1.2700 pada carta 1H, maka harga berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun ke tahap 1.2670 untuk menguji semula sokongan mingguan 2. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss perlu sentiasa diambil kira. Justeru itu, ia adalah lebih baik untuk menetapkan pesanan stop loss di bawah gelombang menaik akhir pada tahap 1.2837.