Pasangan mata wang EUR/USD telah membentuk corak Head and Shoulders. Corak ini diaktifkan susulan daripada penembusan harga di atas rintangan neckline pada tahap tinggi 1.1640-1.1650. Corak ini jika diaktifkan akan menjadikan sasaran terletak di sekitar tahap 1.1930.

Garis merah - rintangan
Garis biru - rintangan neckline
Garis kuning - corak Head and Shoulders terbalik
Garis hitam - sokongan
Sokongan dilihat terletak pada tahap 1.1530. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membatalkan corak H & S terbalik. Aliran menaik akan mempunyai dua isyarat sokongan sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.1630-1.1650 sebagaimana harga akan mengaktifkan corak H & S terbalik dan juga akan melepasi tahap rintangan merah. Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat tahap tinggi baru tetapi RSI tidak mengesahkannya (tidak dinyatakan di sini). Ini adalah satu tanda yang membimbangkan walaupun corak kenaikkan harga telah diperhatikan, penembusan harga di bawah garis sokongan hitam akan membawa kembali aliran penurunan harga ke pasaran dan akan membatalkan prospek kenaikkan harga jangka pendek.